PENGAWAS KEBAJIKAN

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

NO. PENDAFTARAN K010/2011/SMJKPCPP
PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN
Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Pengawas Kebajikan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang yang selepas ini disebut sebagai ”persatuan” sahaja.
PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT
a. Nama Persatuan: Pengawas Kebajikan SMJK Perempuan China Pulau Pinang
b. Alamat: SMJK Perempuan China Pulau Pinang 2, Jalan Gottlieb 10350 George Town

PERATURAN 2 MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
PERATURAN 3 OBJEKTIF
3.1 Supaya ahli dapat menganggotai badan perkhidmatan (Pengawas Kebajikan) dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.
3.2 Ahli-ahli Pengawas Kebajikan akan sedaya daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi.

PERATURAN 4 KEAHLIAN
4.1 Ketua Kebajikan Kelas bagi Tingkatan 6 Atas dan Tingkatan 6 Bawah menjadi ahli.
4.2 Ahli-ahli mestilah menerima serta berpegang pada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT
5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
5.2 Guru Penasihat hendaklah memberikan nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.
5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkansebagai Ahli Jawatankuasa.
6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat peletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri daripada:-
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Setiausaha
6.6.3 Bendahari
6.6.4 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung pada keperluan)

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
7.1 Pengerusi
7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Mengemas kini blog kokurikulum dalam Portal sekolah.
7.1.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

7.2 Setiausaha
7.2.1 Menguruskan hal-hal surat-menyurat.
7.2.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan.
7.2.3 Mencatat kehadiran ahli.
7.2.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.2.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

7.3 Bendahari
7.3.1 Bertanggungjawab berkenaan dengan semua hal kewangan Persatuan.

7.3.2 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.3.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
7.4 Ahli Jawatankuasa
7.4.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.4.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

PERATURAN 8 KEWANGAN
8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung iaitu sebanyak RM 1.00 setiap murid daripada Tingkatan 1 hingga 5 serta Tingkatan 6 Atas manakala RM0.50 daripada murid Tingkatan 6 Bawah setahun.
8.2 Persatuan juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
8.4 Semua pungutan / penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Tabung Kebajikan sekolah.

PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN
9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 10 AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada ahli.

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN
12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis
12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua.

PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN
14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN
15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri dalam aktiviti yang dijalankan.

15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.