TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA
1.1 Pengerusi
1.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat
1.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
1.1.3 Mengemas kini blog kokurikulum dalam Portal sekolah.
1.1.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

1.2 Setiausaha
1.2.1 Menguruskan hal-hal surat-menyurat.
1.2.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan kegiatan.
1.2.3 Mencatat kehadiran ahli.
1.2.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
1.2.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

1.3 Bendahari
1.3.1 Bertanggungjawab berkenaan dengan semua hal kewangan Persatuan.

1.3.2 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
1.3.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
1.4 Ahli Jawatankuasa
1.4.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
1.4.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
1.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.